BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

 


1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya boleh melihat menerusi pandangan mata anda bahawa anda adalah orang yang baik. 

Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

 

2. Teks Asal: A friend is when she/ he understands you no matter how difficult you try to explain the situation. 

Terjemahan Melayu: Seorang sahabat adalah yang memahami anda tidak kira bertapa sukarnya anda cuba untuk menjelaskan sesuatu keadaan itu. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna

 

3. Teks Asal: A good friend is when she/ he is not being judgemental towards you.

Terjemahan Melayu: Seorang kawan yang baik adalah seseorang yang tidak menghakimi sesuatu perkara tentang diri kamu. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)

Saya yang istimewa

Bersikap baik sesama manusia

Saya dilihat berlainan rupa

Semangat positif dikongsi bersama.

 

4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Terjemahan Melayu: Tidak kira bagaimana anda sentiasa bersedia untuk menghadapi dunia ini, dunia ini akan sentiasa cuba untuk membuatkan anda rasa tercabar. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)

Saya dengan dunia

Belajar berdikari setiap masa

Hormati orang lebih dewasa

Satu perkara disanjungi bersama

 

5. Teks Asal: I am willing to share what I have with others.

Terjemahan Melayu: Saya sudi untuk berkongsi apa sahaja yang saya ada bersama orang lain. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Saya belajar setiap masa

Sifat sabar diambil kira

Dugaan besar selalu ada

Dikongsi bersama keluarga

 

6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada pada hari ini belum tentu menjadi milik saya sekiranya saya tidak bersikap jujur. Bersikap jujurlah dalam setiap perkara yang anda lakukan. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Baik hati nurani

Kuatkan jati diri

Mulia peribadi

Perasaan tenang tidak terperi

 

7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do your best.

Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang baik. Jadilah orang yang jujur. Sentiasa bekerja keras dan lakukan yang terbaik. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari

 

8. Teks Asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya sarat dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif terhadap orang lain. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya Tahu)

Hati saya siapa yang tahu

Saya sendiri jadi keliru

Ingin menangis seperti selalu

Air mata keluar menderu

 

9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.

Terjemahan Melayu: Walaupun saya menghadapi cabaran secara emosi tetapi saya akan cuba yang terbaik untuk tidak membebankan anda. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya Tahu)

Saya cuba memahami 

Diri saya sendiri

Mengapa jadi begini

Ayah dan ibu susah hati

 

10. Teks Asal: My parents will be happy when I am a better person. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan berasa gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik. 

Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti

 

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT.

 





KEHADIRAN M11


Comments