28 DISEMBER 2020
1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I
will fight another fight to me calm again.
Terjemahan
Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan berjuang
lagi agar saya kembali tenang.
Bukti:
Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Alim berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu sambil
menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.
2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain
as a happy moment that I cherished forever.
Terjemahan
Melayu: Ingatan terakhir kita bersama akan kekal sebagai saat bahagia yang saya
hargai selama-lamanya.
Bukti:
Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan
Alim sekeluarga lebih rapat. Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam.
Alim juga tahu di mana reban ayam yang baharu.
3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is
more valuable than anything else.
Terjemahan
Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa hidup lebih
berharga daripada yang lain.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,”
tanya Alim kepada ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau
makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi.
4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although
I know that it will be difficult most of the time.
Terjemahan
Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya
tahu bahawa ia selalunya akan menjadi sukar.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Alim belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk
menyapu sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran
pula akan menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah. Kadangkala, Alim
gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di tengah-tengah
rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja.
Alim tersenyum.
5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.
Terjemahan
Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.
Bukti:
Cerita Sosial 4 (Hati)
Alim suka Cikgu Anis. Cikgu Anis baik hati. Cikgu Anis
selalu mengajar Alim di kelas. Alim mahu menjadi seorang guru seperti Cikgu
Anis.
6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the
happiest person in the world.
Terjemahan
Melayu: Sekiranya saya dapat mengungkapkan cinta saya kepada anda, saya akan
menjadi orang yang paling bahagia di dunia.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga
yang lain.
“Saya rindu keluarga saya setiap hari,” sebut Alim sambil
tersenyum.
7. Teks Asal: I have faith in you.
Terjemahan
Melayu: Saya percaya kepada anda.
Bukti:
Cerita Sosial 4 (Hati)
Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan
belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari
ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut
sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman
dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas
katil sebelum ke sekolah. Ibu tahu Alim boleh berdikari.
8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be
fine.
Terjemahan
Melayu: Saya mahu seseorang memberitahu saya bahawa ia akan baik-baik saja.
Bukti:
Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Nenek memujuk Ali. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan
keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada
Alim.
9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person
one day.
Terjemahan
Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik kelak.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang
bahu Alim.
“Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.
“Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim.
(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:
Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment