BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI

   



 

 

Murid SK Temong menang anugerah filem animasi di Brazil bakal terima insentif

 

TEBEDU: Kerajaan Negeri Sarawak akan memberi insentif kepada dua murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Temong yang berjaya menggondol anugerah 'Best Film By Popular Jury' di Festival de Cinema Escola de Alvorada (Fecea) atau Festival Filem Sekolah-Sekolah Antarabangsa Alvorada baru-baru ini, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Manyin berkata pemberian insentif itu adalah sebagai ganjaran atas pencapaian cemerlang mereka dan beliau akan bertemu kedua-dua murid secara peribadi untuk mengucapkan tahniah serta menambah jumlah insentif tersebut.

"Anugerah yang dimenangi kedua-dua murid di peringkat antarabangsa sememangnya amat membanggakan kita," katanya selepas merasmikan penyempurnaan kerja menaik taraf Gereja St Paul di Kampung Tema Saan di sini semalam.

Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa meraih anugerah itu bagi filem animasi pendek mereka dalam kategori sekolah rendah menerusi karya bertajuk 'Batu Bijanjii' yang bermaksud batu perjanjian dalam dialek Bidayuh Bisadung.

Manyin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu, berkata SK Temong adalah antara sekolah rendah terbesar di kawasan itu dan mempunyai kira-kira 200 murid.

Beliau berkata dua tahun lepas, sekolah itu turut memenangi anugerah di peringkat negeri dalam satu pertandingan anjuran kementeriannya.

"Mereka (SK Temong) telah melakukan usaha yang amat baik dan mencapai kejayaan yang begitu cemerlang," katanya.

Manyin berkata terdapat juga rancangan untuk menaik taraf bangunan sekolah itu dengan menambah sebuah lagi blok.

Mengulas kerja menaik taraf Gereja St Paul yang berusia 50 tahun, beliau berkata ia dilakukan dalam empat fasa yang bermula tahun lepas dan siap baru-baru ini dengan kos lebih RM200,000.

-- BERNAMA

 

 

 

TEBEDU: Sarawak State Government will give incentives to two Year Five students of Temong National School who won the 'Best Film by Popular Jury' award at the Festival de Cinema Escola de Alvorada (Fecea) or the recent Alvorada International Schools Film Festival, said State Minister of Education, Science and Technology Research Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Manyin said the incentive was rewarded for their outstanding achievements and he would meet the two students in person to congratulate and increase the amount of incentives.

"The award won by both students at the international level is very proud of us," he said after officiating the completion of the upgrading work of St Paul Church in Kampung Tema Saan here yesterday.

Macgres Sawet and Nabiatul Dania Zulfiqa won the award for their short animated film in the primary school category through a work entitled 'Batu Bijanjii' which means agreement stone in the Bidayuh Bisadung dialect.

Manyin, who is also the Tebedu State Assemblyman, said SK Temong is one of the largest primary schools in the area and has about 200 students.

He said two years ago, the school also won an award at the state level in a competition organized by his ministry.

"They (SK Temong) have done a very good job and achieved such excellent success," he said.

Manyin said there were also plans to upgrade the school building by adding another block.

Commenting on the upgrading work of the 50-year-old St Paul Church, he said it was done in four phases which started last year and were completed recently at a cost of more than RM200,000.

- BERNAMA




Comments